Friday, 8 July 2011

Pembelajaran Kelas 2


Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Tarikh : 4/7/2011                      
Refleksi

            Hari ini, kami telah berbincang tentang komponen-komponen perkakasan komputer.
            Perkakasan computer dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu peranti input, peranti output, dan peranti storan. Peranti input berfungsi untuk memasukkan data atau maklumat ke dalam computer. Peranti input termasuklah papan kekunci, tertikus, bebola jejak(trackball), kayu ria, pad ria, pengimbas, webcam, mikrofon dan skin sentuh.
            Peranti output pula berfungsi untuk mengeluarkan data-data atau maklumat yang terdapat dalam komputer. Contoh peranti putput ialah monitor komputer, terminal komputer, pencetak, dan pembesar suara. Di samping itu, peranti storan pula berfungsi untuk mengumpulkan data-data atau maklumat. Peranti storan termasuklah CD, CD-ROM, CD Rewrite, DVD-ROM, DVD-RAM, Cakera liut (disket), pemacu kilat USB (thumb drive).
            Selain itu, perangkaian juga merupakan salah satu komponen-komponen perkakasan komputer. Perangkaian berfungsi untuk menyambung computer ke internet/ komputer lain. Contohnya, modem, broadband untuk sambungan dail, kad rangkaian untuk sambungan DSL atau ke komputer lain.

No comments:

Post a Comment