Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Tarikh : 28/6/2011
Refleksi
Pada hari ini, saya telah belajar tentang teknologi. Teknologi adalah sesuatu yang dihasilkan untuk menyenangkan manusia. Pelajar boleh menggunakan teknologi untuk menyalurkan maklumat dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan melalui emel, blog dan laman-laman web sosial yang lain. Selain itu, pelajar juga boleh menyediakan assignment mereka dengan mencari bahan-bahan melalui internet iaitu melalui Google search, Yahoo search dan sebagainya. Pelajar boleh menaip bahan-bahan yang dicari dengan menggunakan program Microsoft Office Word dan cetak keluar dengan menggunakan printer.
Saya juga belajar tentang perisian (software). Terdapat pelbagai perisian dalam sesebuah komputer. Contohnya, perisian system, perisian aplikasi, perisian utility dan perisian komunikasi. Perisian- perisian ini membolehkan komputer menjalankan sesuatu tugas tertentu.
Di samping itu, saya juga belajar tentang perkembangan dalam komputer. “Necessity is the matter of Invention.” Teknologi berkembang disebabkan dunia ini mempunyai komputer yang lebih efisien.
Topik perbincangan hari ini adalah tentang Generasi komputer. Terdapat 5 generasi dalam generasi komputer. Generasi 1 telah dibincangkan pada hari ini. Generasi 1 ialah ENIAC ( Electronic Numerical Integrator and Computer) yang telah dibangunkan hasil kerjasama antara University of Pennsylvania dan kerajaan US. ENIAC terdiri daripada 18000 tiub valcum dan 7000 resistor. ENIAC dibangunkan oleh John Mauchly dan J.Presper Eckert. Pada tahun 1945, Von Neumann menghasilkan EDNAC ( Eletronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mampu menyimpan dan memegang data program,. Pada tahun 1951 pula, UNIVAC (Universal Automatic Computer) yang menggunakan bahasa mesin untuk melaksanakan operasi telah direka bentuk oleh Remington Rand.
No comments:
Post a Comment