Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Tarikh : 27/7/2011
Refleksi
Hari ini kami telah mempelajari teknik mail merge dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Slip keputusan peperiksaan pelajar dapat dilakukan dengan menggunakan teknik tersebut. Data-data yang diperlukan untuk membuat slip keputusan peperiksaan pelajar termasuk :
- Nama Sekolah
- Alamat Sekolah
- Nama Murid
- Kelas
- Markah Murid
- Purata
- Keputusan
Data-data tersebut dimuatkan dalam Microsoft Word. Selepas itu, buka satu lagi “blank document” Wujudkan satu “table” dan memasukkan data-data keputusan peperiksaan pelajar. Guna “mailings” untuk memasukkan data-data tersebut ke dalam slip keputusan peperiksaaan pelajar.
Dalam pembelajaran hari ini, Puan Zakiah telah membuka mata saya tentang Microsoft Word. Saya tidak pernah terfikir bahawa perisian Microsoft Word mempunyai fungsi-fungsi tersebut.
No comments:
Post a Comment