Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Tarikh : 3/8/2011
Refleksi
Puan Zakiah telah mendedahkan tentang Microsoft Office Excel dan cara penggunaannya dalam pembelajaran hari ini. Banyak yang kita dapat lakukan dengan menggunakan prisian tersebut. Antarannya ialah membuat jadual, statistik, akaun, permainan dan sebagainya.
Hari ini, kita belajar tentang cara menghasilkan satu jadual keputusan ujian peperiksaan pelajar-pelajar. Kita tidak perlu risau proses membuat jadual tersebut memakan masa kita yang banyak. Kita dapat menyiapkan jadual tersebut hanya dengan beberapa langkah sahaja.
Kita hanya perlu “key in” data-data seperti nama pelajar, markah bagi setiap mata pelajaran dalam “table” yang telah dibuat. Selepas itu, kita menggunakan “AutoSum” dan “SUM” untuk mengira jumlah markah bagi setiap pelajar. “AVERAGE” pula digunakan untuk mengira markah purata.
Untuk memasukkan gred A, B, C, D, E serta prestasi pelajar dalam jadual tersebut pula, “LOOKUP” telah digunakan. Kita perlu menyediakan jadual yang menunjukkan gred bagi markah-markah tertentu tterlebih dahulu. Lepas itu, kita menggunakan “LOOKUP” untuk menentukan gred-gred yang pelajar dapat dalam mata-mata pelajaran pelajar. Selepas memasukkan gred bagi satu column, kita boleh click and drag untuk memasukkan gred bagi setiap pelajar. Cara ini dapat membantu kita menjimatkan banyak masa.
Melalui pembelajaran hari ini, saya mengubah tanggapan terhadap perisian Microsoft Office Excel. Sebelum ini, saya menyangka bahawa banyak masa adalah diperlukan untuk melakukan kerja atau tugasan dengan menggunakan perisian ini. Saya menyangka kita perlu memasukkan data-data satu per satu ke dalam grid-grid yang terdapat dalam perisian ini. Saya berasa bersyukur dan gembira kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru.